Dah lama tak update blog nih. Buat permulaan, kita tgk situasi kat Kedah.

Salah satu media perdana menyatakan DAP Kedah nak keluar dr pakatan. Penyokong Pakatan mengatakan ini hanyalah berita yg tidak benar atau helah Kerajaan BN sahaja.

Anwar juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa ini hanyalah kenyataan media yg diperbesar-besarkan sahaja.

Demi mendapat kebenaran, saya mula menjalankan survey ke atas laman web DAP, PAS dan juga PKR. Blog Anwar juga tidak ketinggalan. (Saya tidak membuat survey ke atas Malaysiakini kerana tidak setuju dgn sara penyampaian mereka).

Hari ini, ia membuahkan hasil. Satu kenyataan oleh Lim Guan Eng bahawa beliau telah diberitahu oleh Thomas Su (DAP Kedah punya chairman) mengenai keputusan tersebut 1 Julai lalu.

Katanya, Thomas Su amat kecewa dgn tindakan PAS Kedah berkenaan beberapa isu.

Di pihak PAS dan juga PKR bagaimanapun, tida komen mengenai perkara tersebut diperolehi. Blog Anwar pula…hmmm itu blog personal dia, takdenye nak tulis kat blog die.

Mengenai kenyataan bahawa keputusan DAP Kedah untuk keluar dr Pakatan bahawa ianya hanya diperbesarkan oleh media Kerajaan BN, ianya memang betul. Ye le, dah itu kelemahan lawan, mestila nak dedahkan. Tetapi ianya bukanlah berita yang diperbesar-besarkan semata-mata.

Ianya adalah berita yang betul, dan keadaannya amatlah serius (ini berdasarkan kenyataan Lim Guan Eng yg berkata “Pulling out of PR is a serious matter with large adverse national ramifications.”, “I would normally oppose such moves personally especially when based on a single issue and IF there is still room to redress and correct the situation. However, the desperate nature of the situation and the breakdown of trust between Kedah DAP and the Kedah PAS Menteri Besar warrants a CEC meeting to endorse or oppose this withdrawal.”.

Untuk hal Hindraf kat Penag pula, diorang tu cuma emo jer. Ignore je udah. Sng sgt dipergunakan.

Bookmark and Share

Comments No Comments »

Semalam tiga orang yg berstatus rakyat biasa yg bekerja sebagai pembantu makmal, pemilik kedai telefon bimbit dan seorang juru ukur telah didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Perak melalui komen-komen di internet.

Ini satu tindakan yang patut kerana adalah tidak patut perbuatan menghina sultan ini dibiarkan berleluasa.

Akan tetapi, saya rasa ada sesuatu yang tidak berapa kena dgn situasi ini.

Dimanakah ahli-ahli politik yang menghina sultan? Kenapa mereka tidak didakwa?

-Tak baik hina-hina orang. macamlah diri tu betul sangat.

Bookmark and Share

Comments No Comments »

Kemasukan Codename:MieA_Smart ke dalam sistem MieA aku, sistem telefoni pun telah diubah demi kemudahan aku.

Jika dulu, korg dail no. yg seperti korg suma tau 090-xxxx-xxxx (no. tel aku), jika tiada jawapan setelah hampir 1 mnt, bermakna panggilan korg gagal.

Tetapi dengan sistem baru ini, jika dlm 30 saat aku tak jawab panggilan korg. Panggilan itu akan dipindahkan ke mieA_Smart.

Jadi, janganlah putuskan panggilan korg kerana ia masih akan dijawab oleh aku. Dan tiada kos tambahan!

Ini dibuat kerana, selama nih banyak kejadian aku tak sedar ada org call sebab letak kat poket, letak kat dlm beg, dll tempat.

Sistem ini disokong oleh codename:MieA_Sleek dan codename:MieA_Smart

Bookmark and Share

Comments No Comments »

Sedang A. Samad Said bersedia dilucutkan gelaran (takat gelaran jer) untuk memperjuangkan bahasa Melayu, kedaulatan dan kedudukan Bahasa Melayu dicabar sekali lagi.

Kali ini oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng.

Beliau telah meminta kepada di Parlimen semalam untuk membenarkan Bahasa Mandarin digunakan dalam urusan kerajaan.

Bahasa Mandarin? Apa gunanya status bahasa kebangsaan?

Memanglah negara kita ni berbagai bangsa. Tapi bukankah bercakap satu bahasa adalah salah satu langkah untuk perpaduan?

Bookmark and Share

Comments No Comments »

Kebelakangan ini Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) semakin aktif. Dan terbaru, mereka ingin pula mengadakan perhimpunan raksasa di hadapan Istana Negara (kesesakan lalu lintas akan dijangka berlaku).

Mereka adalah golongan yang tidak setuju dengan pelaksanaan Pembelajaran Matematik dan juga Sains dalam Bahasa Inggeris yang telah dilaksanakan sejak 6 tahun yg lepas. Sebelum itu, ia diadakan dalam Bahasa Melayu.

Saya juga menyokong pelaksaan pengajaran kedua-dua matapelajaran ini dalam Bahasa Melayu. Saya sendiri belajar semua itu dalam Bahasa Melayu masa disekolah dahulu.

Disebabkan PPSMI akan dilaksanakan tidak lama lagi, buku teks saya mempunyai satu ruangan bg menunjukkan beberapa istilah sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Bg saya, tidaklah menjadi masalah jika Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Melayu. Asalkan pelajar ada kemahuan untuk mendalami bidang tersebut dalam Bahasa Inggeris atas inisiatif sendiri. Tetapi, rujukan dalam Bahasa Melayu amatlah sedikit. Kebanyakannya adalah di alih-bahasa dan agak ketinggalan.

Saya sendiri meminati matapelajaran sains. Teringat sewaktu di sekolah rendah dahulu, kebanyakan buku diterbitkan sekitar akhir 80-an dan awal 90-an. Tetapi, kebanyakannya menggunkan data atau rujukan pada tahun akhir 60-an hingga akhir 70-an.

Terpaksalah baca buku bahasa inggeris yang lebih terkini.

Alasan yang diberikan oleh GMP ialah, ia merendahkan martabat Bahasa Melayu yang digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Malah, pelaksanaan PPSMI tidak menunjukkan banyak perubahan yang ketara.

tetapi persoalaan yg timbul di kepala ini, kenapa baru sekarang? Masa awal pelaksanaan dahulu memanglah ada bising sikit. Lepastu senyap.

Adakah ini kerana Najib akan mengambil alih Paklah tidak lama lg?

Sebab, semasa pelaksanaan sains disekolah rendah dahulu, dan didalam Bahasa Melayu, jika tidak salah saya, beliaulah yang menjadi Menteri Pendidikan. Mmmm… ada bau politik disitu.

Tetapi, apa yang penting bg saya. Kerajaan menggunakan alasan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah untuk melaksanakan PPSMI. Bagi saya, penguasaan yang lemah ini berpunca dr pelajar kita sendiri yang terkenal dengan sikap MALAS.

PPSMI bagi saya hanyalah satu lagi kelas untuk belajar bahasa Inggeris. Penguasaan Matematik dan Sains tidak mempunyai kesan.

Bookmark and Share

Comments No Comments »